Friday, 18 February 2011

PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN KELAB RAKAN PEMBACA 2011

PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN KELAB RAKAN PEMBACA  ini diadakan adalah sebagai tanda bermulanya pelaksanaan program NILAM di SAM Tanjong Karang. Program ini juga merupakan lambang atau simbol bahawa semua warga SAMTK perlu melibatkan diri sepenuhnya dalam program NILAM ini selepas didedahkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaannya. Selain itu, pihak Pusat Sumber Sekolah juga berhasrat untuk mengaktifkan Kelab Rakan Pembaca pada tahun ini.

Objektif :
1. Mendedahkan kepada para pelajar tentang pelaksanaan program NILAM di sekolah
2. Menyemai budaya suka membaca dalam kalangan pelajar
3. Menerapkan sikap cinta akan ilmu dalam kalangan pelajar
4. Menggalakkan pelajar agar menggunakan masa yang terluang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
5. Memupuk keyakinan dan ketrampilan diri yang tinggi dalam kalangan pelajar.

Butiran Program :
Tarikh   : 11 FEBRUARI 2011
Tempat : Dewan Ibnu Rushd, SAMTK
Sasaran : Semua warga SAMTK

Saturday, 12 February 2011

PROGRAM KEMPEN WAKAF GURU

Objektif :
1. Meningkatkan penggunaan pusat sumber sekolah sebagai nadi ilmu dan pusat maklumat
2. Menambahkan koleksi Bahan Buku di Pusat Sumber Sekolah.
3. Mengeratkan silaturahim sesama warga sekolah dan penjaga pelajar
4. Menyemai budaya suka membaca dalam kalangan pelajar

Butiran program :
Masa     : Sepanjang tahun 2011
Sasaran  : Warga SAMTK